Sunday, May 6, 2018

Nota Sakit Bontot: Aku Tak Tahu

Bila borak politik (sambil aku standby painkiller sebab aku masih sakit bontot walaupun dah makin pulih), ramai member aku tanya siapa akan menang GE14.

Aku jawab jujur: aku tak tau. Dan aku rasa takde sapa akan tau sampailah abis mengundi pastu keputusan keluar kat berita.

Ini semua yang aku tau pasal GE14:

1. Bakal berlangsung pada 9 Mei 2018

- Aku balik kampung hari mengundi. Harap tak jam. Harap aku sempat sampai sebelum pukul 4pm supaya relax sikit pergi mengundi.

2. Ada 222 kerusi parlimen. Kerusi DUN, whatever.

3. BN nampak takut.

Atau Najib nampak takut. Sebagai ahli UMNO selama 20 tahun, aku tak paham kenapa aku nampak dia macam takut. Ko takut apa ni, Najib?

Aku rasa SEPATUTNYA BN buat pengumpulan data berterusan. Najib mesti dah umum tarikh GE14 ikut intel yang dia ada. Bila last dia dapat report?

Data Merdeka Center sampai April 16 untuk 1200 orang, dan sampai May 1 untuk 875 orang interview pakai phone.

Kempen Dr M and The Expendables cuma start selepas Hari Penamaan Calon pada April 28.

Merdeka Center cakap ada kenaikan sokongan kepada PH sejak Hari Penamaan Calon. Setiap hari BN, PH kempen, berapa perubahan dia?

Adakah orang akan menipu masa survey? Atas pelbagai sebab?

Brexit punya survey dan survey masa Hillary Vs Trump bagi aku membuktikan, bila cakap pasal politik, orang boleh menipu dtau buat keputusan last minute. Aku rasa neutrals masih ramai - at least cukup untuk 20-30% swing. Aku RASA je lah. Aku tak tau.

So aku dahlah takde data, dan aku tak confident sangat orang bagi data betul.

So secara ikhlas dan jujurnya, AKU TAK TAU. Bestlah sembang politik, sebab aku dah tua. Tapi aku takde access to data. Kepada yang menyumbang, terima kasih.

Apa yang aku tau, aku ada bet dengan member aku sama ada Najib akan ada dalam negara pada malam keputusan GE14.

Dan aku suka lagu ni:




Walaupun dah keluar lebih sebulan, aku rasa amat hip.