Friday, September 2, 2016

Ulasan PekFourK

SPOILER ALERT! Kalau taknak tau ending dan beberapa benda penting dalam Pekak, sila berambus.

Aku berjanji yang aku takkan review Pekak (nama kat Twitter Pek4k, yang aku fikir dangkal, sebab dalam filem ni takde Fantastic Four atau Empat Sahabat) kalau filem ni tak best.

Jadi malam ni, bila aku join segerombolan penyamun, maksud aku segerombolan kawan-kawan, pergi menonton Pekak kat panggung, dengan bayar tiket pakai duit hasil titik perkumuhan sendiri, aku fikir senang kerja aku kalau filem ni tak best. Tak payah aku tulis panjang-panjang.

Aku dah berniat nak cakap kat Twitter, "PekEmpatK tak best, jadi aku takkan review" - satu kenyataan yang sebenarnya satu review. Ini untuk menghiburkan hati aku dan segelintir kawan-kawan yang suka jenaka bangang macam ni.

Malang buat aku, Pekak tidak tak best, maksudnya dia bukanlah filem yang teruk. Pekak juga bukan filem tempatan terbaik yang aku pernah tonton tapi mungkin terbaik tahun ini. Dia ada beberapa benda yang aku suka, dan beberapa benda yang aku tak suka. Yang penting, aku lagi suka filem ni daripada Suicide Squad mahupun Legend of Tarzan, walaupun dua-dua filem ni ada Margot Robbie yang aku kira penanda aras kecantikan wanita zaman ini.

Jadi, aku rasa nak tulis review. Atau ulasan. Kita pakai ulasan la ya?

Pekak mengisahkan Uda - seorang mamat pekak yang juga pengedar dadah industri kecil dan tak sederhana. Dia tertawan dan menawan (seperti dalam lagu Impressions) dengan Dara - seorang gadis yeng memberontak daripada kongkongan bapanya. Bapak Dara terlalu mengongkong dan mendera anaknya secara fizikal dan mental sambil memaki ibu Dara. Aku suka dinamik bapak Dara dan Dara dan TERIMA KASIH sebab tak selesaikan SANGAT hubungan bermasalah ini.  Pada akhirnya, Bapak Dara nampak menyesal, tapi takde babak dia menangis mintak maaf kat anak dia selepas anak dia confront orang tua tu.

Kalau kehidupan sebenar, memang biasa orang yang buat salah kat kau takde babak confrontation yang memuaskan atau dapat hukuman setimpal. Akhirnya, sama ada orang jahat terlepas atau kau pergi mampus dulu, menjadikan dosanya pada kau tak berbalas sebab dunia memang tak adil sangat.

Dara menjadi sasaran Kamil yang berkawan dengan Azman Picasso yang sering beromen dengan Melor. Sasaran maksudnya Kamil nak romen Dara.

Sementara itu, Uda tengah kumpul duit nak bedah letak implan koklear supaya dia boleh mendengar semula. Aku suka efek dia mengumpul duit dengan kaunter yang sentiasa dikemaskini di layar. Dan kalau kau fikir filem biasa, ini maknanya Uda akan kena rompak atau duit dia hilang dalam Second Act. Tapi tak. Ini bagus sebab bukan apa yang aku expect.

Tapi ada juga benda aku expect yang takde, yang bagi aku mengurangkan kebagusan filem ni. Antaranya ialah babak Joe Flizzow ajar Uda berjalan yang takde concern langsung dengan plot melainkan bagi ko gelak dan suka sikit kat Joe sebelum dia jadi douchebag later. Juga setup finale bila Melor confront Azman yang bagi aku tak masuk akal.

Juga tak bagus sangat - babak parti kat rumah Kamil yang tak best sangat dan tak dipendekkan. Ya lah, kita negara Islam, masyarakat yang bersopan, Mana nak parti macam American Pie atau Eyes Wide Shut atau filem Havoc lakonan Anne Hathaway yang agak sama dalam beberapa segi dengan Pekak.

Tapi babak last bila Uda duduk depan keretapi memang best. Filem ni mungkin nak build up ke babak ni, bila Uda dapat apa dia nak, tapi dia dah taknak.

Seperti tulisan Neil Gaiman - Dewa Semua Penulis - 'the price of getting what you want is getting what you once wanted'. Maksud dia, bila kita dapat apa kita nak, itu bukan lagi apa yang kita nak, tetapi sesuatu yang kita pernah nak pada masa dulu.

Ini antara babak paling bagus dalam Pekak. Tapi build up dia sedikit rapuh. Ada sesuatu yang terjadi dengan third act yang sedikit merosakkan filem ini, bagi aku.


Antaranya ialah terlepas peluang menjadikan cerita cinta dua dunia yang klise tapi mungkin ini yang sesetengah orang mahukan. Berani ko tak bagi apa yang orang nak? Bagus!

So Uda dan Dara yang bukan Muzikal Uda dan Dara yang menjurus kepada West Side Story. Sebab walaupun ada dua dunia - dunia orang lengkap pancaindera dan dunia orang pekak - benda ni tak diketengahkan sangat. ADA, tapi tak dijadikan salah satu point cerita sangat, yang bagi aku satu peluang yang terlepas.

Bukan takde. Ada. Contohnya bila salah satu point cerita ialah mesej voice mail dalam telefon Uda yang hanya boleh difahami oleh orang yang boleh mendengar.

Tapi bila dibandingkan dengan siri Aishiteiru to Ittekure (1995) lakonan Takako Tokiwa dan Toyokawa Etsushi, drama TV Jepun ni lagi feel jurang komunikasi dia dan juga lebih mantap hubungan visual serta sentuhan antara dua manusia.







Drama ni popular dulu kat TV3, dan ditaja oleh satu produk kosmetik mask oren or something.

Sebab walaupun dengan deria lengkap, aku rasa semua manusia pernah rasa macam kau pekak atau bisu atau buta dan susah nak menyentuh jiwa orang lain, terutama orang yang kau sayang. Inilah sebab manusia cipta puisi, lagu, tulisan prosa, lukisan, dan semua jenis seni. Seni ialah untuk komunikasi. Untuk menyampaikan apa yang tak tersampai dengan cara biasa.

Peluang yang terlepas, bagi aku, ialah untuk melihat apa jenis luahan seni yang melampaui tuturkata antara dua orang kekasih. Susah la. Tapi satu sasaran yang ada dan pernah dicapai oleh karya lain.

Apa pun, persembahan Zahiril Adzim sebagai Uda dan Sharifah Amani sebagai Dara memang bagus. Zahiril memang berjaya emote banyak benda tanpa dialog. Aku kalau tulis skrip kekadang menyampah kalau pelakon mintak line dialog lebih sebab nak cover diorang takleh berlakon tanpa dialog. So bila Zahiril buktikan ko boleh berlakon takyah dialog, dan jadi, memang bagus lah.

Sharifah Amani, aku risau sebab kalau dia jadi Orked lagi sekali memang akan jadi annoying. Bagi aku, Dara bukan Orked so aku rasa dia dalam trajektori yang okay dengan watak gadis murung dalam Pesiko Pencuri Hati dan Dara dalam Pekak yang bukan Orked.

Chemistry antara Uda dan Dara sedikit... kurang. Bukan teruk, tapi kurang. Dia macam ko lupa letak serai or something. Dia okay la, tapi intensity kurang.

Amerul Effendi menari di bibir jurang antara persembahan yang hebat dan villain gaya Sofi Jikan. Sofi Jikan main watak macam ni, dia biasanya akan push sampai extreme dengan sengaja and it works for whatever movie yang dia buat. Amerul berjaya bawa watak Azman Picasso dengan baik dengan watak yang juga berubah antara si pelawak yang bodoh-bodoh alang dan kejahatan yang tidak dapat ditahan.

Aku suka cerita ini bila orang baik tak dapat balasan baik... sangat. Orang jahat ... erm... aku lebih suka kalau tak jadi apa-apa. Secara asasnya, dunia ini menyeksakan, dan kemudian kau mampus dan takde sapa peduli sebab semua orang kisah pada diri sendiri. Ini realiti kehidupan. Kalau kau ada kawan-kawan yang berhati mulia, cherish them because the world is a cold and dark place and we only have each other to keep ourselves warm.

Aku suka ending last Pekak tapi seperti yang aku tulis tadi, build up dia sedikit pincang terutama dalam Third Act.

Satu karya yang tidak sempurna, tetapi filem yang sempurna hanyalah Babe. Secara keseluruhan, Pekak membawa penonton ke dunia gelap yang menjadi kian kelam, dan bila kau tak dapat meneka apa yang bakal terjadi, mungkin kau akan rasa terhibur atau kau rasa macam nak tengok cerita jiwang Jepun yang digunakan untuk jual kosmetik berperisa oren kat TV.

Apapun, kau patut pergi tengok Pekak kat pawagam. Kalau tak, macamana kau nak protes FFM nanti, kalau kau tak pernah tengok pun filem tempatan?