Tuesday, June 21, 2016

Melancap Di Malam Remdan

Benda aku tak paham orang Melayu buat ialah bila nak cakap dia tak setuju, kena dengan penuh emosi atau dengan berlagak angkuh. Mungkin sebab dia tak reti nak cakap 'no' tanpa terlompat-lompat macam beruk.

Satu lagi ialah bila cakap nak buat something, response dia ialah, "Oh, nak buat benda ni kena bersatu."

Bukan semua benda perlukan semua orang bersatu. In fact, 99% benda tak perlukan orang bersatu atau bersetuju. Aku pergi berak, nak kena bersatu jugak ke?

Aku dah lama rasa yang orang Melayu terlalu pentingkan consensus dan unity, sedangkan IQ kumpulan biasanya jauh lebih rendah daripada IQ individu.

Ko letak mamat sorang, dia pandai. Bila ko letak dua orang, IQ turun jadi cam lembu. Dalam satu kumpulan, IQ dia dah tahap bakteria dalam tanah pun boleh gelakkan.

Benda aku tak paham dengan orang yang duduk Amerika, sama ada Americans atau orang Malaysia duduk sana lama, ialah diorang optimistik dan bila ko cakap something, instinct pertama dia ialah percaya bulat-bulat.

"Benda apa ko buat ni Amir?"

"Adalah benda bodoh apa kejadahnya."

"HUhh?" - percaya bulat-bulat.

"Akulah Minda Terhebat Abad Ke-21!" kata aku.

"Ujub, ujub," katanya.  - percaya bulat-bulat yang aku orang gila.

Ini sebab kat sana, budaya Amerika meyakinkan semua orang sana bahwa diorang boleh buat semua yang diorang nak buat, boleh capai apa yang diorang nak capai.

"If you put your mind to it, there's nothing you can't achieve." - Mesej yang dihentak masuk daripada Barack Obama sampailah Zootopia
Sebab tu diorang lebih optimistik dan tak malu nak berusaha, dan tak malu nak gagal.

Ini, ada kelebihan dan kekurangannya. Lebih banyak kejayaan yang akan muncul, juga lebih banyak kegagalan dan kekecewaan.

Berlainan kita kat Malaysia. Aku rasa macam society kita menggalakkan pemikiran bahawa semuanya ditentukan suatu kuasa yang lebih besar - Kerajaan. Sampai bila jerebu pun hantar petisyen kat Najib suruh turn off mesin jerebu belakang rumah dia. Serious! Ada Art for Grabs last year bebudak ni buat petisyen suruh Najib hentikan jerebu.

Aku takdelah sokong Najib, tapi bab jerebu ni, aku rasa Najib pun takleh buat apa.

In fact, Kerajaan kita taklah sepower atau sepandai yang kau sangkakan.

Semua benda ko give up, sebab ko malas. Sikap malas tu sampai ke satu tahap ko malas nak bertanggungjawab untuk diri ko sendiri.

Tapi, kelebihannya ialah, orang Melayu sukar nak rasa kecewa, sebab kita takde mencuba apa-apa.