Wednesday, October 29, 2014

Happy 60th Day Anniversary of Almost Dying

Aku baru habiskan dekat 12 jam kat Pusat Perubatan UM, sempena ulangduabulan aku kena sakit jantung. Pagi tadi, aku pergi cardiac rehab untuk stress test.

Stress test ni dia lekatkan benda kat badan ko pastu dia suruh ko lari atas treadmill, sampai ko takleh lari dah.

Dia ada enam level dan dia bagi markah based on ko punya fitness level. Maximum markah 12. Setiap level bagi ko keupayaan untuk buat sesuatu aktiviti. Contohnya, pada level 12, ko boleh menyelam di laut dalam.

Markah aku ialah 10.7. Ini bermakna aku boleh berlari pantas, berenang (yay!) dan membuat 'heavy farming'. Bila aku tanya 'heavy farming' tu apa (sebab dalam kepala aku, aku fikir macam bawak traktor besar atau harvester yang banyak gigi tu), rupanya, mencangkul dan menggali lubang.

Aku tanya doktor, "Buat apa saya nak gali lubang?" Tapi aku paham, soalan sebegini amat relevan untuk majoriti pengidap sakit jantung yang rata-rata tua dan daripada golongan petani.

Aku direkomen oleh Dr Anees di cardiac rehab untuk menyertai latihan fizikal di gym cardiac rehab - sesuatu yang memang aku nak. Gym dan satu lagi, occupational therapy.

Aku AMAT suka team cardiac rehab aku, sama ada doktor-doktornya, nurse-nurse yang friendly dan jugak ahli-ahli baru dalam team aku - Cik Yasmin (Physiotherapy) dan Cik Siti (Occupational Therapy). Aku rasa diorang amat okay.

Kemudian, selepas lunch, aku pergi check INR level aku. Aku terpaksa menunggu selama lebih enam jam. Sambil-sambil tu, aku maki hamun kat Twitter semua kelemahan sistem kat PPUM terutama selepas mamat yang datang 30 minit SELEPAS aku dapat jumpa doktor dan balik SEJAM sebelum aku. Aku komplen kat admin staff kot, lepas tu dapat muka sindir. Aku fikir seseorang perlu menyusun semula sistem menunggu kat PPUM.

Jumpa je doktor, dia terus macam, "Sorry for the long wait" atau something like that. Aku terus bagitau dia kepincangan sistem tu, dengan peluang menyediakan kemudahan untuk orang naik wheelchair, etc, etc.

Tapi, aku tau dia bukan nak dengar sangat pun, dan aku perlukan dia punya prescription je. Bestnya doktor ni, dia selesaikan dua masalah aku sekali gus. Aku patut test INR aku tetiap minggu, dan cara diorang pastikan ini terjadi ialah dengan hanya bagi aku Warfarin untuk satu minggu. Maksudnya, kalau aku tak pergi test, aku boleh mati terus.

Tapi, doktor ni bagi aku Warfarin dua bulan terus. Aku AMAT gembira. Aku tau aku kena monitor INR aku dan ejas dosage Warfarin. Aku boleh test INR kat luar, dan aku sebenarnya tak perlu ejas dosage warfarin sebab tahap INR aku sekarang tepat pada kadar yang dikehendaki. Maksudnya, kalau aku maintain pemakanan aku tanpa tambah sayur hijau or anything, aku boleh gunakan itu sebagai variable dan dosage Warfarin sebagai constant.

Aku happy balik dengan PPUM - sebenarnya sudah menjadi hospital kegemaran aku. Aku masih rasa sistem menunggu di Klinik Perubatan perlu diperkasakan, sebab kesian nurse dan doktor yang kerja macam orang nak gila, tapi patient masih nak mati tunggu sampai enam jam.

Bukan salah medical staff, dan sepatutnya team yang bukan medical staff patut handle administration dan focus on management and operational workflow issues. Sebagai separa management consultant yang suka memberitahu orang dan kompeni diorang di mana diorang salah, ini memang kerja yang aku buat, biasanya free sebab takde sapa nak bayar budak Melayu paya yang bagitau diorang how much their system sucks.

Anyway, di hujung pengembaraan ke PPUM ni, aku naik teksi dengan cardiology consultant. Mamat ni kaya, sebab seluar dia sahaja dah dalam lingkungan 600 atau seribu. Kemeja dia tak kurang 400. Tie dia kualiti tinggi dan fresh. Mamat yang tie kotor biasanya ada satu atau dua tie sahaja.

Aku borak cerita pasal queue yang cam haram tu. Dia terperanjat sebab biasanya 30 minit je. Aku explain, jadi teruk sebab last week pada hari klinik INR, ada Deepavali. So, untuk minggu tu, double trouble lerrr.

Lepas dia blah, aku dengan drebar teksi je dalam kereta. Drebar teksi tu tanya pasal apa aku borak dengan mamat doktor tu tadi. Aku cerita pasal penyakit aku, etc, etc.

Drebar: Abang sakit jantung? Sakit macam mana tu bang? Kalau abang terperanjat, abang mati ke?

Aku: Takde la camtu. Jantung aku, ada damage kat laluan LAD... errr... kat salah satu urat dia, ada block. So jantung tu dah mati. 1/3 jantung aku dah mati.

Drebar: Separuh jantung abang dah mati?

Aku: Tak. Satu pertiga.

Drebar: Suku jantung abang mati?

Aku: Tak. Satu pertiga.

Drebar: Habis, kalau bukan separuh, bukan suku, berapa banyak yang mati? Jantung abang hidup lagi ke?

Aku: Satu pertiga la. 1/3. One over three. Kalau ko beli kek bulat, ko bahagi tiga, ko ambik salah satu potongan, itu satu pertiga la.

Drebar: Jadi, kalau kita ambik kek pound, atau kek kat Starbucks, kita kerat dua?

Aku: Aaaa...ko pusing sini bro. Ko pusing kiri sini.

Lepas tu aku senyap. Maleh dah nak layan.