Wednesday, September 10, 2014

Terung Mahawangsa: Resepi Orang Nak Mampus

Hai adik-adik! Abang Terung kena sakit jantung dua minggu lepas dan selepas pembedahan bionik, sekarang hanya boleh makan makanan serta hidangan sihat sahaja. Akibatnya, berat abang Terung sudah turun sebanyak 10kg dalam masa kurang dua minggu. TANPA SENAMAN BERAT.

Di sini, abang Terung ingin berkongsi resepi masakan dan tips pemakanan yang dipanggil 'Resepi Orang Nak Mampus', sebab memang dua minggu lepas abang rasa cam nak mampus dah.

1. Breakfast/Sarapan/Asagohang


- Mulakan dengan psyllium husk. Psyllium husk - atau dedak istimewa - boleh menurunkan kolesterol darah dan menyebabkan berak yang hebat.
- Campur dua sudu psyllium husk dengan satu sudu madu Australia dan dua sudu apple cider vinegar. Tambah air. Minum.

- Makan ubat.

- Makan oats. Kalau abang Terung kena ajar ko cemana nak makan oats, baik ko pergi masukkan diri sendiri dalam lubang puki mak ko sebab ko bodoh.

2. Lunch/Merarau/Makan tengahari

- Jangan percaya semua penipuan bahawa memasak itu susah dan memerlukan masa yang lama. Abang Terung memasak dua-empat hidangan dalam masa kurang 45 minit. Dan semuanya hidangan sihat!


A. Sayur Masak Air

- tumis bawang putih dengan minyak canola/bunga matahari/jagung. Gunakan minyak sikit dan jangan pakai minyak kelapa atau kelapasawit.
- Lepas naik bau bawang, masukkan air
- masukkan satu sudu teh garam. Pemilihan garam amat penting. Garam yang abang Terung gunakan ialah garam Perancis.

Garam Perancis


Garam ini dituai dengan mengumpul semua anak dara di negara Perancis - satu tugas yang hampir mustahil. Kemudian, semua anak dara yang ditangkap tadi dipukul dengan cemeti agar mereka menangis. Air mata anak dara perancis ini kemudian dikumpul dalam tujuh tempayan tradisional.
Selepas dikeringkan dengan cahaya matahari Perancis, maka terciptalah Garam Perancis.
- masukkan sayur.
- renih sampai masak.

B. Ayam Masak Air

- tumis bawang merah/kuning besar dan halia
- Lepas naik bau bawang, masukkan air.
- masukkan satu sudu teh garam. Ya, Garam Perancis.
- Masukkan ketulan dada ayam tanpa kuolit mahupun lemak.
- renih sampai masak

C. Ayam Masak Kari

- tumis bawang merah/kuning besar dan halia
- Lepas naik bau bawang, masukkan rempah kari tiga sudu teh.
- Masukkan air.
- masukkan satu sudu teh garam. Ya, Garam Perancis.
- Masukkan ketulan dada ayam tanpa kulit mahupun lemak.
- Masukkan tomato.
- renih sampai masak


D. Ayam Masak Kurma

- tumis bawang merah/kuning besar dan halia
- Lepas naik bau bawang, masukkan rempah kurma tiga sudu teh.
- Masukkan air.
- masukkan satu sudu teh garam. Ya, Garam Perancis.
- Masukkan ketulan dada ayam tanpa kulit mahupun lemak.
- Masukkan tomato.
- renih sampai masak


E. Daging Masak Kari

- tumis bawang merah/kuning besar dan halia
- Lepas naik bau bawang, masukkan rempah kari tiga sudu teh.
- Masukkan air.
- masukkan satu sudu teh garam. Ya, Garam Perancis.
- Masukkan daging tanpa lemak.
- Masukkan tomato.
- renih sampai masak

F. Sambal Belacan Salsa

- Belacan ialah bahan makanan yang AMAT tidak sihat. Tetapi, seperti seorang kekasih yang suka menikam dada ini dengan tombak berkarat, abang Terung kadang-kadang rindukan rasa dan bau belacan (pada makanan. Kalau pada orang, memang akan dipukul tanpa belas kasihan).

- Ambil secubit sahaja belacan. Boleh kata suku sudu teh atau kurang dari itu.
- Ambil empat ulas lada. Tumbuk dalam lesung bersama belacan yang amat sedikit tadi.
- Ambil tujuh-sembilan biji tomato ceri dan masukkan ke dalam lesung satu demi satu.
- Tumbuk sampai lumat.
- Apa yang terhasil ialah sambal belacan yang tak cukup belacan dan tak cukup pedas, juga terlebih tomato.
- Kiranya antara sambal belacan, ini hanyalah tahap blowjob sahaja.

3. Dinner/Makan Malam/Mentekedarah

- Untuk dinner, makan lauk dan nasi lebihan makan tengahari tadi.
- Lepas tu makan psyllium husk.
- Pastu tido.

Setakat itu saja nukilan abang kali ini. Abang masih penat sebab ari tu hampir nak mati. Kalau abang Terung dapat duit, nanti abang akan beli grill dan kita akan tengok apa resepi untuk makanan panggang bagi mereka yang nak mampus dah ataupun, bagaimana menikmati pasta yang betul-betul sihat,

Sampai jumpa lagi (kalau tak mati lagi)