Monday, September 29, 2014

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Sejuk Mata Pedang, Dingin Hati

Pakcik teksi yang datang ke rumah aku aritu cerita masalah dia untuk jaga makan selepas kena sakit jantung ialah memenuhi jemputan kenduri tanpa makan hidangan kenduri yang semuanya membunuh orang.

Aku rasa, pakcik tu nak makan benda-benda tu, dan tekanan sosial hanyalah alasan supaya dia boleh makan benda masin, manis dan berlemak tanpa rasa bersalah.

Bagi aku, senang aje - aku tak makan kat kenduri atau event, tapi makan kat rumah. Aku tak peduli la orang ingat aku kurang ajar ke, whatever ke, tapi aku taknak makan makanan sampah tu semua.

Aku masih ingat rasa masin dan rasa lemak (umami) paru-paru lembu goreng, kulit ayam KFC yang masin dan rangup, juga rasa teh tarik, semua jenis kek, biskut, nasi lemak, sup ekor dan semua makanan manusia biasa.

Tapi bila aku dah lepaskan makanan tu semua, maksudnya aku tak boleh makan lagi dah. Dia macam bila aku dah cut off sesetengah orang yang backstab aku, mati hidup balik pun aku takkan peduli pasal diorang.

Aku cuma simpan memori rasa makanan tu setiap satu. Kira cerai talak tiga (sehingga sampai masa manusia boleh buat jantung pakai 3D printer).

Takdela rasa mengidam ke apa langsung, kecuali garam. Aku dulu makan benda-benda masin. Maggi, kicap, perencah tu semua aku balun. Sekarang jumlah garam aku dah dikurangkan ke tahap dua sudu teh sehari sahaja.

Memasak sendiri memberi aku peluang mencuba pelbagai jenis rempah untuk rasa yang berbeza. Esok aku nak cuba memasak daging panggang (steak) tanpa gunakan kunyit - hanya pakai rempah mat salleh.

Yang aku terasa kadang-kadang cuma nak isap rokok. Hari ni, genap 31 hari aku tak hisap rokok. Aku masih ingat peparu yang penuh asap dan hembusan yang penuh cool dan bergaya.

Aku rasa nak isap rokok bila aku menunggu. Rupanya, selama ni aku isap rokok bila aku tunggu atau takde mende nak buat. Selagi aku bergerak dan kehidupan/kewujudan aku ada tujuan, aku tak rasa pun nak isap rokok.

So, aku rasa perubahan gaya hidup aku takde le membebankan pun. Takde la seksa drama pondan ke apa ke. In fact, aku suka experiment dengan resepi baru.

Jadual tidur aku dah berubah. Sekarang aku tidur pukul 12 dan bangun pukul 7 pagi. Ini penting sebab aku baca pasal kadar imbangan melatonin dalam badan dan kesan berjaga malam. Tidur malam lagi bagus daripada tidur siang, sebab kadar cahaya yang kita terima. Bila aku tidur malam, aku buat bilik aku segelap yang mungkin, tanpa cahaya luar.

Ada experiment yang dijalankan termasuk di Korea Selatan mencadangkan bahawa ketika tidur, cahaya yang terang mengganggu laluan saraf antara mata dan otak, walaupun kelopak mata tertutup. Ini akan mengacau rembesan hormon, kawalan suhu badan dan banyak lagi fungsi badan yang dikawal oleh otak tidak sedar dan sistem saraf kita.

Cara paling bagus ialah dengan memaksimakan REM sleep (rapid eye movement) atau 'tidur bermimpi'. Ini boleh dicapai dengan tidur selama setengah jam setiap tiga jam, sepanjang hari dan malam. Selepas seminggu dua, badan dan otak kita akan masuk fasa 'tidur bermimpi' selepas hanya 3-4 minit terlelap. Hasilnya, kita tidak hanya masuk fasa REM sleep sekali sehari, tetapi banyak kali.

Tidur bermimpi atau REM sleep mengeluarkan serotonin otak. Serotonin otak diperlukan untuk kekal waras dan berfungsi sebagai manusia. Ada juga serotonin perut, dan ini dirembeskan hanya oleh perut selepas makan. Serotonin otak dan serotonin perut tidak bercampur dan hanya dirembeskan di kawasannya sahaja.

Tiga minggu selepas aku terkena serangan sakit jantung, aku sudah turun 10kg dan tak turun lagi. Ini disebabkan aku tidak mampu menjalankan senaman yang lebih intensif. Sepatutnya aku tunggu beberapa bulan, tapi aku fikir aku mampu bersenam dengan lebih gila.

Aku dapat rasakan kekuatan aku kembali. Aku sudah boleh naik tangga 11 tingkat (22 flights of stairs, around 230 steps) tanpa rasa sakit dada atau kepenatan melampau.

Aku perlu rujuk cardiac rehab untuk senaman yang lebih intensif. Aku nak pergi berenang, atau tengok Gym baru kat Sports Center DBKL, tapi nanti kang mati pulak tengah pool.

Aku harap cardiac rehab kat UMMC bagus dengan maklumat yang terperinci. Aku selama ni rasa pengetahuan aku pasal nutrition lagi bagus, tapi itu sebab aku seorang yang angkuh dan bongkak. Aku dah book appointment dengan diorang pada minggu pertama October ni.

Aku yakin, kalau aku boleh buat cardio workout yang lebih intensif, aku boleh buang air dan lemak daripada badan dan turun lagi 17 kilo dalam masa dua bulan saja. Tapi sekarang aku sabar je lah.

Yang penting, kalau kau atau sesiapa nak tukar gaya hidup sebab sakit atau saja gatal, ko kena ada hati yang tiada belas kasihan.

EDIT: Satu lagi benda takleh makan sampai bila-bila - SEMUA JENIS KUIH. Sejuk mata pedang, dingin hati!