Tuesday, October 29, 2013

Separuh Masa: Tweets Pasal Filem

Aku sibuk. Dalam menguruskan tiga syarikat (aku ada tiga syarikat, bro. Siap ada auditor bagai), menjalankan projek-projek korporat dan kreatif, aku terjebak jadi curator @Twt_filem - satu akaun twitter pasal filem Malaysia.

Aku rasa aku tau sapa start, tapi aku malas nak menuding jari.

Sebenarnya, aku dah tanam semua impian aku nak buat filem. Aku dah tulis tujuh skrip filem feature, dan empat dah keluar wayang. Mende lagi aku nak? Nothing to prove, pasal aku best nak mampus.

Kalau pasal duit, aku mengusahakan kerja korporat dan kreatif aku yang bukan filem. Nak borak pasal buat filem pun aku rasa poyo. Aku lebih suka bagi connection kepada bebudak baru nak start yang takde connection.

Tapi, makin lama, aku rasa macam semua isu yang aku muntahkan balik jadi macam sesuatu yang baru untuk bebudak generasi ni. Diorang tak pernah fikir ke nak unionise? Tak pernah tengok jumlah kutipan filem local yang makin jahanam dan rasa industri ni menghala ke arah kemerosotan yang boleh dikira Apokalips X?

Nasib pekerja filem dan pelakon yang buat filem akhirnya akan mintak sedekah dan dikasihani, kalau tak kaya. Struktur sokongan untuk pekerja kreatif amat rapuh dan mungkin takde. Pasal apa sesetengah pelakon di masa tua kena jual produk? Kena bukak bisnes yang belum tentu ada untung? Apa insurans diorang ada, kalau tak beli insurans sendiri atau kalau tak ada anak?

Kalau aku pun tak berhati-hati, aku pun mati beragan. Mati kering. Yang akan menyebabkan aku kurus dan langsing.

Lepas tu, Datin Sofia Jane (Cinta Kita, brooo!) cakap ada ramai orang nak buat benda sama. Rasa best pulak Sofia Jane berborak dengan aku. Harry Boy, brooo!

Dan aku masih ada dua cerita yang aku simpan, tak bagi sesiapa buat melainkan aku dapat full creative control. Aku kerek, aku sombong, aku tak bagi orang buat melainkan dapat dibuat dengan sempurna.

Tapi, macam biasa, aku belum dapat tidur malam ni sebab aku fikir pasal sistem yang lebih bagus. Untuk SEMUA. Sebab aku superhero.

Satu dunia di mana rakyat Malaysia dapat menonton filem-filem best yang menghiburkan. Producer boleh buat duit tanpa menganiayai pekerja kreatif dan pelakon. Idea abstrak boleh disampaikan menerusi medium visual tanpa perlu mengira alignment politik atau kaum. Satu dunia di mana kebajikan rakyatnya bukan bergantung harap pada derma ikhlas untuk orang tua. Filem sebagai pemangkin evolusi beruk kepada manusia.

Malaysia tak sepatutnya jadi negara kebajikan. Negara kesian. Pasal jawapannya semua ada. Bagi aku, amat jelas. Terang lagi bersuluh. Nak mengerjakannya, bukan senang.

Ah, pergilah mampus. Aku ada meeting pagi esok. Aku pun nak melepaskan tengkuk aku sendiri je.