Tuesday, October 16, 2012

Tokoh Korporat Jalanan: Mengejutkan Serangga Daripada Tidur Tapa


Caption: PICTURE IS UNRELATED

Tahun ni, aku tiba-tiba jadi tokoh korporat. Aku tak mintak pun. Dia tiba-tiba datang. Sebelum ni, aku sembilan tahun buat kerja-kerja media ni.

Aku pernah handle banyak benda, tapi semua dalam lingkungan penulisan. Aku penulis, bukan benda lain. Aku bukan marketing, aku bukan business development, branding atau apa-apalah. Aku cuma budak paya yang datang ke KL untuk mencapai impian aku menulis komik.

Dalam semua benda yang aku pernah atau tak pernah buat, aku paling minat nak buat komik. Nak tulis komik.

Semua merewang-rewang ke hulu ke hilir ni, supaya satu hari nanti aku tulis komik. Aku bukan stim sangat dah tengok nama aku sendiri. Aku dah puas dengan byline aku dekat paper, credits on the big screen, dan  keluar dekat buku.

Aku dah tak buat apa-apa pasal nakkan kredit sangat. Orang puji, orang kutuk, semua aku dah rasa. Untuk macam-macam sebab.

Pada bahagian kehidupan aku yang ini, aku tengah berkira-kira nak bersara. Aku mungkin ada 10 tahun lagi untuk kerja macam orang gila. Lepas tu? Mungkin ada kot 10 tahun lagi kerja dengan lebih teratur. Lepas tu? Aku nak kerja sampai umur 60? Gila ke apa. Tak larat aku.

Aku nak bersara, berundur dari dunia kepahlawanan dengan teratur. Untuk itu, aku dah atur beberapa perkara. Nampaknya, pengembaraan aku masih ada, dan masih jauh.

Jadi tokoh korporat ni, bukan senang. Lebih-lebih lagi untuk aku la. Aku mana reti bahasanya, budayanya. Tapi, apa yang ada depan aku, aku sapu. Pasal aku rasa aku akan menyesal dengan benda aku tak buat daripada benda yang aku buat.

Ramai aku tengok manusia yang cakap banyak, satu benda pun tak buat. Lepas tu, bila aku tengok diorang balik rumah, aku sendiri rasa sedih. Tapi itu hidup orang, bukan hidup aku. Pergi mampuslah.