Monday, September 3, 2012

Syaitan Penulisan

Hari ini, aku luangkan masa sikit, berjumpa kawan-kawan yang  dah lama aku tak jumpa. Aku jugak pergi urut Siam, tapi itu cerita lain.

Sambil whining pasal kerja menulis aku, aku lempar beberapa idea filem. Aku nak tengok apa reaksi orang dalam industri - orang yang aku hormati - pasal beberapa idea aku.

Idea-idea tu semua dah kena reject dengan empat studio terbesar di Malaysia. Aku terlepas sesuatu ke?

Malam tadi, aku dapat feedback lagi. Idea-idea aku, semua idea-idea besar. Jenis yang memerlukan komitmen kewangan, masa dan dedikasi serta skill yang tinggi.

Salah satunya, filem macam Amelie. Cerita tu, sebenarnya aku wanking pasal diri sendiri, masa umur aku 20++ tahun. Filem ni adalah filem yang kalau aku berjaya buat sampai puas hati, aku boleh mati dengan aman. Kalau pengarah Amelie, Jean-Pierre Jeunet yang direct, aku sanggup buat percuma je.

Tapi, filem macam Amelie, filem idea besar? Aku dulu fikir, filem macam tu, amat intim. Aku paham lakonlayarnya rumit. Dan kalau buat kat Malaysia, aku terus-terang cakap, aku tak rasa boleh jual sangat. Buat apa aku nak kisah pasal cerita macam tu?

Tapi persoalan itu mengacau aku sampai aku takleh tidur dan memaksa aku bangun dan menulis artikel ini.

Besar sangat ke idea aku? Susah sangat ke? Perlukah aku buat cerita-cerita lain yang lebih kecil?

Aku amat faham yang kepuasan kreatif takkan diberi kepada aku oleh orang lain, dan hanya aku yang mampu memberikan diri aku sendiri benda itu. Takde buah fikiran, ulasan - pujian atau cemuhan - yang mampu memberikan aku itu. Aku sendiri lebih tahu sejauh mana kerja aku.

Jadi, aku menetapkan azam. Walaupun aku ada banyak benda lain nak tulis, aku akan tulis jugak cerita ni. Aku tak kira. Aku akan siapkan semua kerja aku, semua buku, cerpen, skrip, kerja sebenar aku yang bergaji, dan aku nak siapkan skrip serta lakonlayar cerita ini. Kalau takde langsung penerbit atau pengarah kat Malaysia yang nak buat, aku akan hantar ke mana-mana lubang dan alamat email yang aku jumpa.

Biarlah apa orang nak kata, janji aku puas. Walau ambik masa 20 tahun ke, 30 tahun ke, aku masih akan simpan cerita tu dalam server Google, sebab aku pakai Gmail. Hard disk boleh crash dengan senang. Google kaya kot.

Tapi... mungkin ada jalan nak buat dalam masa lima tahun ni pun.

Ah, mampuslah. Orang Jepun cakap, "Ore no nindou!" yang bermaksud, "This is my way of the ninja!" Lebih kurang camtu la.