Tuesday, January 17, 2012

Siri Bercakap Dengan Ting Ting (Amir Hafizi ke Bandung-Jakarta)

Aku sampai ke rumah semalam pukul 10 lebih. Malam. Masuk aje ke dalam apartment aku, terus seluar terlondeh, terhuyung-hayang ke PC, bukak PC, tengok monitor aku mampus, pastu pengsan atas katil.

Aku bangun pukul 7 pagi. Terus repair monitor. Monitor dah okay, tapi aku masih penat dan badan rasa sengal-sengal.

Empat hari tiga malam di Bandung-Jakarta. Aku pergi sebab kerja, bukan suka-suka. Tapi walau apapun, aku amat gembira sebab passport aku boleh pakai. PTPTN, selepas aku berunding dengan pihak diorang bulan tujuh tahun lepas, dah menarik balik sekatan untuk aku ke luar negara.

Aku tak perlu bayar semua pinjaman aku, cuma sebahagian, dan membuat Standing Instruction untuk membayar RM330 sebulan. Aku cadangkan sesiapa yang ada masalah dengan PTPTN boleh terus ke ibupejabat diorang di Wisma Chase Perdana.

Tak payah telefon, pasal orang yang jaga telefon tu serupa anjing menyalak. Aku tak jadi bayar PTPTN dulu pun, pasal menyampah dengan orang yang jaga telefon.

Aku: Hello, encik, saya nak bayar PTPTN.

Anjing: Kami tak mau terima! Kami nak bankrapkan awak! Kami nak sita semua harta benda awak!

AKu: Tapi, saya nak bayar.

Anjing: Ouk! Ouk-ouk! Ouk-ouk-ouk! Gong-gong-gong! Hiiii-hiiiiiiiiii!

Bila aku pergi ke Wisma Chase Perdana, yang ada di kaunter adalah manusia-manusia yang berperikemanusiaan dan boleh dibawa berbincang. Tak nampak seekor anjing pun.

Jadi, passport aku dah okay. Yay!

Di Bandung, aku pergi ke banyak tempat jugaklah. Toko Tiga, Rumah Mode, Pasar Baru. Secara ringkas, Pasar Baru adalah tempat terbaik untuk shopping beberapa benda. Juga tempat paling memenatkan dan membuatkan aku tak mahu ke mana-mana yang ramai orang, seperti Mekah.

Di Jakarta, Tanah Abang not bad. Aku akan tulis liputan perjalanan aku secara lengkap, tapi terlebih dulu, aku harus menulis artikel rasmi kerja aku.

Yang lain, aku akan tulis di sini.

Cuma satu saja aku nak ceritakan sekarang.

Masa di Tanah Abang, hari terakhir di sana, beberapa jam sebelum naik kapalterbang, aku lepak dengan pak guard Tanah Abang. Diorang minum air dari botol besar 4 gelen. Aku tanya, ni air apa?

Pak Guard: Ini air gunung blablabla. Minum air lain, jadi lembik. Yang ini, jadi kuat. Sudah dijampi.

Aku: Mintak segelas?

Lepas minum, aku tau itu hanya air paip dengan kuasa Hanuman. Sepanjang perjalanan balik, syaitan dalam diri aku bergelut dengan Hanuman dalam perut. Akibatnya, aku jadi penat.

Oklah. Aku nak sambung buat kerja.