Monday, September 26, 2011

Biarkannn! Biarkannn!

Ada sesetengah benda, aku memang tak boleh nak cakap. Cakap karang, makan diri la pulak. Orang tuduh aku macam-macam, lepas tu buat benda macam-macam kat aku pulak.

Aku ni, mulut besar. Kalau burger Chili's tu, berapa kali ngap je. Aku selalu bagi nasihat kat orang, tapi takde sapa pernah dengar pun.

Lepas tu, satu, satu, pergi mampus. Sampai aku dah tak larat nak duduk tepi, cakap, "Aku dah cakap!" Aku dah bosan, bro.

Sampai aku sekali jadi bengang kang. Bukan hal aku. Hal orang lain. Pergilah mampus, ye tak? Apasal aku nak kisah?

Aku geram. Tapi aku dah ambik masa bertahun-tahun, untuk deal dengan kegeraman aku. Aku menuai kesabaran yang aku semai sejak bertahun dulu.

AKu pun bersepah kerja yang aku tak siap lagi.

Jadi, hari ini, aku bertekad, hal orang lain, korang pergilah mampus. Aku taknak deal. Okay? Yang boleh aku tolong, aku tolong, tapi aku bukan Tuhan, mahupun ahli politik. AKu pun berhempas-pulas dalam dunia aku sendiri.

AKu akhiri dengan lagu Kekumbang:

Bila aku dapati aku dalam kesusahan,
Makcik Mary muncul depan aku,
bagi kata-kata hikmat
Biarkannn

Dan dalam waktu kegelapan aku,
dia berdiri tegak di depan aku
bagi kata-kata hikmat
Biarkannn

Biarkannn
Biarkannn
bagi kata-kata hikmat
Biarkannn

Dan bila mereka yang patah hati, dalam dunia ini, bermuafakat dalam bulatan
Akan ada jawapan
Biarkann
Barkannn

Dan walau mereka berpisah, masih ada peluang mereka akan saksikan
Akan ada jawapan
Biarkannn
Biarkannn

Biarkannn
Biarkannn...

Bila malam mendung berawan, masih ada cahaya yang menyinarkan
Bersinarlah sampai esok, biarkannn

Aku bangun terdengar lagu, Makcik Mary dendangkan
Beri kata-kata hikmat
Biarkannn
Biarkannn

Biarkannn
Biarkannn