Monday, June 20, 2011

Jejak Kelana: Sinar Di Hujung Kegelapan

Selepas aku meninggalkan suratkhabar tempat aku bekerja, aku memutuskan untuk berjalan di jalan pedang.

Selepas empat bulan, aku telah bekerja dengan ramai orang dan ramai jenis orang. Pengembaraan aku membawa aku dari sempadan Malaysia-Siam di Langkawi, sampailah ke bahagian Selatan Selangor.

Aku mula mengajar kembali, di Damansara Jaya, dalam keadaan yang lebih asing, tetapi menyenangkan hati aku.

Rakan-rakan lama dan baru menawarkan aku beberapa benda yang tak mungkin aku tolak. Ternyatalah, apabila berada dalam kesusahan, sesetengah akan menghulurkan tangan untuk membantu - kadang-kadang sebab mereka juga perlukan bantuan aku.

Dan ada yang hanya berlegar apabila aku ada duit untuk belanja makan, atau sebab aku cool dan popular, atau mungkin sebab aku senang dikutuk agar ego mereka dapat rasa sedap dan besar sikit selepas berasa terancam.

Aku berhenti menghisap rokok, sebab aku sakit teruk beberapa bulan lepas. Aku lepaskan rokok, dan aku juga lepaskan benda-benda serta orang yang menyusahkan hidup dan pemikiran aku. Perlukah aku membazirkan masa aku dengan mereka yang tak pernah buat apa-apa melainkan membebankan aku?

Tanpa mereka pun, aku dibebani kerja yang menggunung. Sampai beberapa minggu, aku rasa amat sesak dan tak bebas. Sudah semingu, aku sakit kepala. Aku asyik mengambil ubat tahan sakit. Aku dengar soundtrack House.

Esok, aku tak tau aku cukup kuat atau tidak untuk keluar rumah, pergi ke Shah Alam untuk mengawasi satu lagi projek yang harus disiapkan.

Tapi, aku tau, walaupun aku amat amat sibuk sekarang, dalam masa sebulan dua lagi, semuanya akan terang kembali.

Tiada apa yang kekal dalam dunia ini. Semua struktur adalah tidak stabil. Dan dalam beberapa minggu, tempurung yang mengekang aku akan retak dan pecah, menjadikan aku bebas sekali lagi untuk menulis apa yang hendak aku tulis sahaja.

Sebab INILAH JALAN PEDANG!