Friday, March 11, 2011

Jejak Kelana: Rehat Lima Belas Minit

Gila aku bangun pagi hari ni. Ada janji yang harus aku tepati. Empat atau mungkin lima janji-temu hari ni, termasuk pergi ke pawagam untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa sekali lagi.

Rata-rata, mengikut laporan yang aku terima daripada rakan-taulan dan sanak saudara yang cakna sejak pagi semalam, ramai yang memuji Merong - siap tepuk tangan dalam panggung. Ada juga yang maki. Aku terima je. Terima kasihlah, meluangkan masa menonton dan mengulas filem ni.

Neil Gaiman pernah cerita, apa saja karya yang dia tulis, ada orang akan cakap, "Inilah karya ko yang paling best! Takyah tulis komik, tulis novel macam ni je!" dan akan ada yang kata, "Kenapa ko tulis sampah-sarap ni? Baik ko tulis komik balik!" Nak buat camana? Kalau semua orang boleh bersetuju dalam semua hal, takdelah perang ye tak? Takdelah PIS-M dengan UMNO Baru. Aku amat suka Sandman, tak suka American Gods. Aku suka Mirrormask, tak suka Beowulf. Minat gila Coraline dan Stardust, tak suka Eternals.

Ini sebenarnya pengalaman baru bagi aku. Dua filem yang aku tulis sebelum ni - MySpy dan Magika - takdelah kecoh macam nak rak. Merong keluar je, hambik kau, mau tak abis bateri Blackberry aku dua kali semalam. Tapi, handphone lama, jadi memang cepat habis bateri. Nak tukar, duit lebih takde. Hutang PTPTN lagi. Dahlah takde kerja, pasal aku berenti demi mengasah kerja penulisan aku. Hahahaha.

Oklah. Apa-apa hal pun, Merong dah bagi kesan kat ramai orang. Aku nak menumpukan pada apa yang ada kat depan aku sekarang - beberapa projek dan tawaran kerja yang bakal aku nilai dan pertimbangkan.

Tengoklah macam mana jadinya. AKu harap semuanya okay.

Cheers!