Thursday, March 10, 2011

Jejak Kelana: Kegembiraan

Kegembiraan tidak datang daripada benda atau orang. Itu semua palsu.

Tiada apa benda atau sesiapa yang mampu membuatkan kita gembira atau sedih. Kalau ada yang mengaku, maka mungkin niatnya tidak baik, atau mungkin dia bodoh atau buta.

Kegembiraan itu datang daripada diri sendiri. Macam melancap.

Pernahkah kau pokai, tapi tertawa berdekah-dekah? Pernahkah kau tesenyum keseorangan, dalam kegelapan? Pernahkah kau rasa sunyi, walaupun dikelilingi orang yang tersayang? Pernahkah kau rasa hampa, walaupun mendapat duit yang banyak?

Rasa gembira dan sedih datang daripada diri sendiri. Tak ada benda atau sesiapa yang mampu membuatkan kita rasa apa-apa pun.

Oleh itu, buatlah apa yang berkenan di hati. Macam aku sekarang, sedang duduk sambil menulis beberapa benda yang aku perlu hantar malam ini juga.

Dan mungkin aku tak perlu melancap malam ini. Hehehe.