Thursday, March 10, 2011

Jalan Syaitan Tidak Terbatas

Ramai yang bertanya kepada aku, dalam masa dua-tiga tahun ini, "Amir, kenapa manusia buat benda-benda jahat? Kenapa diorang kejam dan zalim?"

Hah! Mereka bertanya kepada seorang manusia yang dilabelkan syaitan oleh beberapa kelompok.

Bila ditanya, aku hanya mendengar, mengangguk atau menggeleng kepala. Sesungguhnya, manusia lebih kejam daripada syaitan.

Aku pernah cuba menerangkan pandangan aku, tetapi tiada siapa yang mendengar, kerana mereka ketika itu hanya mahu bercerita kisah mereka sendiri.

Bagi aku, kejahatan berpunca daripada kebencian kepada diri sendiri. Apabila kau melakukan kejahatan di muka bumi ini, seperti menipu, berbohong, mematahkan janji, memukul, menganiaya, memeras, mengkhianat, mencuri, sebenarnya semua kejahatan itu dibuat untuk mengubat kekosongan dalam diri sendiri.

Jika kita lihat, mereka yang menggunakan apa saja cara agar orang lain berasa tidak selesa dan tertekan, hanya kerana ingin menutup tekanan dan ketidakselesaan diri sendiri.

Aku mulanya bencikan mereka dengan kehangatan seribu matahari, tetapi sekarang ini, yang ada hanyalah rasa kasihan. Aku lihat mereka semua seperti orang cacat. Cacat jiwa. Kalau cacat kaki, boleh menggunakan kerusi roda atau tongkat - dan sekarang sudah ada kaki robot inovasi Israel. Cacat pendengaran, boleh memakai alat bantu dengar. Cacat jiwa, cacat roh, tak ada ubatnya. Maka terperangkaplah mereka dalam penjara kegelapan jiwa buat selama-lamanya. Matipun, mereka tidak akan sedar akan kedukaan mereka sendiri.

Bagi aku, hidup sebegitu lebih perit daripada mati. Baik mati saja. Tapi itu aku. Aku paham yang delusi mereka akan memberitahu cerita-cerita yang menyedapkan hati mereka sendiri. Entahlah. Mungkin aku yang salah? Mungkin aku yang jahat?

Gembirakah kau, membuat kejahatan? Kalau begitu, apa yang boleh dilakukan? Matilah kau dalam kebuntuan.

APa yang aku tahu, aku rasa macam nak berak. Sambil berak, aku bertafakur.