Thursday, February 17, 2011

Ko Kena Tipu Pasal Ko Bodoh

Cuba ko pikir. Kalau ilmu-ilmu hitam kat negara ni betul la, Portugis takkan dapat jejak tanah kat Malaysia ni.

Sampai je Pelabuhan Melaka, dah kena santau. Jejak kaki je, kena parang terbang.

Tembak pakai senapang, orang kebal sudah tahan. Nak tembak lagi, toyol sudah curi peluru. Clean-up pakai harimau jadian.

Apa pasal semua ini tak jadi? Dan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis semua takluk ini tempat?

Pasal ilmu hitam itu adalah bullshit. Tipu semata-mata.

Apa pasal tipu?

Aku fikir, orang yang percaya dan mengamal ilmu hitam adalah mereka yang egonya sudah ranap, dan ingin rasa diri sendiri istimewa.

AKu bukan cakap pasal kejadian luarbiasa (yang aku tak percaya jugak, sebenarnya, tetapi akui yang ada banyak perkara yang belum dijelaskan oleh sains), aku cakap pasal sihir dan ilmu hitam - salah satu dosa-dosa berat ikut Islam.

Aku fikir, Islam sebagai agama yang logik, mengharamkan ilmu hitam pasal ilmu hitam bullshit. Kalau terus menerus orang Islam mengambil cakna pasal ilmu hitam, maka tak jadi kerja.

Pernah ada saudara-mara aku percayakan ilmu hitam. Kena tipu beribu ringgit. Nak tarik duit berjuta. Ko tau apa jadi? Tak jadi apa-apa. Rugi duit je, beribu, pasal bangang nak mampus.

Aku cabar mana-mana pengamal ilmu hitam untuk santau aku sampai aku kurus. Mati pun takpa, asalkan kurus.

Hakikatnya, ilmu hitam ni semua bullshit.