Saturday, November 20, 2010

Aku dan Idealis

Dulu aku kutuk idealis semua. Pasal aku rasa diorang tak cukup idealis. Main cakap je lebih.

Pakai t-shirt Che Guevara. Aku tanya, Che fight untuk apa? Tak tau. Loser nak mampus. Ko main ikut je, ye, bahalul? Kalau Che fight untuk child prostitution, ko sokong jugak ke?

"Tak. Aku minat Rage. Tengok, seluar aku, seluar Rage. Baju aku, baju Rage. Mahal ni. Kasut but aku, macam Zek Deroleka pakai kat konsert dia."

Bukan semua la. Tapi ramai.

"Aku rebel," katanya.

Rebel taik puki bapak kau.

Dulu, zaman muda-muda dulu, aku rasa akulah orang paling real dalam dunia. Yang lain tu semua ikut-ikutan, senggol-senggolan, mari menari, nampakkan puuuukiiii.

Aku gelakkan semua idealis yang ada. Pasal aku tau idealis ni semua nanti jatuh gaung kesengsaraan dan kekecewaan.

Diorang semua nak mengubah dunia, nak berusaha untuk sesuatu yang lebih besar daripada diorang. Comel, kan?

Dan aku fikir, nanti, pada masa akan datang, di kelilingi oleh mayat-mayat idealis yang bergelimpangan di neraka, aku akan berdiri tegak sambil ketawa terbahak-bahak. Aku angkat satu mayat idealis dan aku minum darah mereka.

"Inilah penyudahnya perjuangan suci korang semua," aku nak jerit. Sambil ada lagi yang hidup dok merintih-rintih.

Malang.

Idealis-idealis yang senantiasa menghiburkan hati aku di kala duka - pasal walau macamana teruk pun keadaan aku, diorang lebih pathetic - semua dah mati. Ada yang dah besar. Dah beranak-pinak. Jadi pembiak. Jadi penternak.

Diorang ambik keintelektualan diorang, bungkus, pastu pergi mengembala anak. Ada yang dah tua, fikir nak main puki je. Yang betina, tengah kira-kira puki dia berharga lagi tak? Mampukah bau pukinya yang hanyir memikat jantan-jantan loser yang lain?

Semua dah tukar jadi binatang.

Dan. Idealis yang masih hidup, setelah kena bambu dan ditertawakan oleh ramai orang, termasuk aku, sudah gali lubang, pasak bumi. Mereka tidak lagi berani mengimpikan perkara-perkara yang lebih tinggi daripada persoalan tak kena tangkap, dan membuat serba sedikit apa yang patut.

Ada yang bekerja. Ada ambik PTD. Diorang join jentera kerajaan yang mereka lawan sebelum ini.

Ada jadi ahli politik. Baik ko ambik PTD. Politik tu bukannya... haih. Malas la aku nak cakap. Berapa ramai idealis yang menjual semua yang mereka ada demi menjadi seorang yang popular dan mungkin diundi oleh orang ramai?

Dari awal lagi, aku persoalkan. Ke mana kau nak bawak idealisme ko ni semua? Ke langit? Ke Parlimen? Zaman aku muda. Gemar sungguh menyuluh kesalahan orang lain.

Lepas tu aku gelakkan mereka.

Sekarang, mereka dah takde. Pupus.

Sekarang, aku tinggal sorang.

Akan menjadi ironik kalau aku kata sekarang akulah idealis yang tinggal. Yang aku benci.

Tapi tak. Sorry. Aku bukan idealis, sejak 2003.

Walaupun semalam, ada mamat yang cakap kat aku, "Ko janganlah idealis sangat pasal hidup ni, Amir. Tak ke mana prinsip ko tu. Ko nak bawak ke mana? Ke langit?"

Hey! Aku bukan idealis lah! Aku anarkis! Bukan muzik punk yang tah hape-hape tuh. Pergilah mampus lifestyle tu semua.

Aku penyokong idea anarkis, bukan muzik atau fesyen anarkis. Idea, tau. Idea.

Oh shit.