Thursday, October 21, 2010

Noir Dangdut: Kenapa Perkauman Tak Bagus

Ketahuilah satu benda. Menurut Chris Rock, mana-mana kaum yang kau benci, akan masuk dalam keluarga kau.

Kau tak suka Melayu? Anak ko akan bawak balik Melayu ke rumah. Ko tak suka Cina? Cucu ko Cina. Ko tak suka India? Mak mertua ko kawin G Gopalasamy. Ko tak suka Korea? Nanti Rain jadi menantu ko.

Ko tak suka pondan? Anak ko pondan. Takpun, bapak ko pondan. Ko tak suka UMNO? Datuk ko UMNO. Ko menyampah dengan PIS-M? Anak ko kibar bendera hiaju putih.

Apa-apa yang ko tak suka, akan masuk dalam keluarga ko. Sebab tu aku cakap, diskriminasi ni tak bagus.

Sebaliknya, peluklah lelaki atau perempuan, atau Katoey, yang bukan kaum kau. Pergilah keluar dan, kalau nak membiak sangat, wujudkanlah kaum campur.

Lagipun, lagi best.