Saturday, July 31, 2010

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Peparu Teratai Merah Terlantar di Luar Pagar

Aku penggemar peparu goreng. Atau dalam dialek Pahang, kelempong.

Peparu goreng paling hebat, aku pernah memasaknya.

Mula-mula, rebus peparu dengan daun kunyit dan sedikit garam. Kemudian, potong nipis dan sapukan kunyit dan garam. Goreng dalam minyak panas.

Inilah antara hidangan paling hebat alaf sebelum ini! Peparu Goreng Sepandang Layang!

Namun, dalam masa aku berkelana, aku telah terjumpa satu hidangan peparu goreng yang telah mengatasi kehebatan Peparu Goreng Sepandang Layang.

Namanya adalah Peparu Goreng Tanpa Nama, yang aku gelarkan Peparu Teratai Merah Terlantar di Luar Pagar.

Lokasi? Sebuah gerai makanan tengahari di Pantai Dalam yang sudah dirobohkan.

Hidangan peparu biasanya sedap sebab peparunya rangup. Kedai itu berjaya mempertingkatkan kerangupan peparu goreng tersebut dengan menggunakan tepung goreng pisang!

Ini menjadikan peparu goreng tersebut rangup seperti keropok! Harganya pun murah!

Sayang seribu kali sayang, aku sudah tidak terjumpa peparu goreng rangup itu lagi.

Satu lagi peparu goreng lagenda - Peparu Teratai Merah Terlantar di Luar Pagar.