Saturday, July 31, 2010

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Burger Tepi Jalan, Dingin Hati

Burger tepi jalan paling hebat dalam dunia adalah burger tepi jalan di luar Nana Plaza, Bangkok.

Setiap satu burger harganya RM6. Saiznya besar, dan boleh dimasak medium-well. Memang hebat! Kalah Ramli Burger MS-08.

Masalah burger tepi jalan, ada dua:

1. Daging perlulah besar supaya ada variasi masakan. Kalau nipis, dan digoreng garing, rasa lemak daging akan hilang. Hujungnya mesti garing dan rangup, tapi tengahnya lembut dan basah.

2. Potongan roti.

Kadar potongan roti apa-apa jenis sandwich haruslah 60:40 dengan 60 di bahagian bawah. Ini kerana rahang bawah kita yang bergerak ketika menggigit. Maka, roti mesti tebal sedikit di situ. Lagipun, kadar potongan roti ini telah dikaji oleh saintis makanan.

Satu perkara lagi - penggunaan mayonais dan sos yang terlalu banyak akan merosakkan rasa burger tepi jalan.

Burger tepi jalan lebih sedap kalau diletakkan hirisan bawang besar segar. Timun tak best.

Namun, sampailah masa burger tepi jalan Malaysia sama taraf dengan Burger Tepi Jalan, Dingin Hati di luar Nana Plaza, Bangkok, aku tak pedulikan burger di sini. Ceh.