Sunday, June 13, 2010

Perkahwinan Syaitan

Aku tengah berak, pukul 10 malam, bila berbunyi telefon. Menyampah betul aku kalau telefon berbunyi masa aku tengah berak. Lagipun, aku tengah demam ni.

Dengan penuh perasaan dendam kesumat, aku basuh berak dan mendapati ada missed call daripada seorang kawan aku.

Aku pun call dia balik.

Aku: Ha, apahal?

Kawan: Kau kat mana ni?

Aku: Aku dalam rumah la. AKu tengah demam ni semput sikit. Takleh cakap lelama.

Kawan: Weh, ko kenal mana-mana peguam syariah tak?

Aku: Apasal, ko nak bercerai ke?

Kawan: Bukan aku... adala blablabla. Dia nak hak jagaan anak dia.

Aku: Ooo, macam itu ka? Jadi blablablabla.

Kawan: Peguam syariah seorang berapa nak ambik?

Aku: Mahal nak mampus. Camnilah, malas aku nak cakap kat fon. Aku sakit ni. Ko datang je lah rumah.

Kawan: Ko sakit apa ni?

[NAMPAK SANGAT MAMAT NI TAK DENGAR SEPATAH HARAM PUN MENDA APA AKU CAKAP SEJAK MULA. ORANG YANG TAK MENDENGAR NI TAK PAYAH NASIHAT. BUANG MASA DAN TENAGA JE.]

Aku pun letak je telefon.

Bila masa pulak aku jadi tempat aduan kes kahwin-cerai ni? Ini adalah pasangan ke-empat yang nak bercerai, pastu cari aku.

Aku dah cakap, kalau takde duit melebihi sejuta, tak cukup matang kepala hotak atau memang bodoh, toksahnya kahwin. Ni, dah kahwin, menyusahkan aku. Kalau menyusahkan orang takpe, ni menyusahkan aku, tau tak?

Lain kali, toksah kahwin. Main pelacur je. Duit selamat, hati aman. PAHAM? AKu pun boleh berak dan layan demam dengan tenteram.