Monday, April 12, 2010

Kalau Aku Ada Dua Juta

Kalau aku ada dua juta ringgit Malaysia, aku akan bersara. Mengasingkan diri dari dunia kepahlawanan. Untuk menulis filem.

Tulis pun bukan pasal duit, tapi pasal aku nak buat sesuatu yang baru. Sesuatu yang aku akan berpuas hati.

Aku nak tulis, aku nak terbit. Aku rasa aku taknak jadi pengarah. Pasal aku takde keinginan dan passion untuk mengawal sesuatu produksi. Lagipun, aku tengok ramai pengarah hebat yang masih muda. Bila aku dah tua, diorang nanti jadi power gila.

Tanggungjawab aku adalah untuk menulis filem-filem berikutnya dalam kerjaya aku. Cerita aku ada banyak.

Cerita bapak aku. Cerita mak aku. Cerita abang aku. Cerita orang (insan) dan orang-orang (patung) sekeliling aku.

Cerita aku? Cerita aku muzikal. Gila gay. Emo.

Cerita aku berkerat-kerat dan babaknya ada lebih 300.

Kalau aku ada dua juta, aku bersara.

Aku bayar cukai 29%. Tinggal 1.4 juta. Aku bayar hutang, downpayment untuk rumah dan kereta dan juga belanja makan untuk lima tahun. Cukuplah sekadar 400,000.

Aku simpan sejuta dalam amanah saham peribadi, amanah saham bumiputera/nasional dan selebihnya aku laburkan dalam hartanah dan saham.

Dengan kadar faedah purata, lepas lima tahun, sejuta tu dah kasi aku lebih daripada 500,000.

Aku duduk je, relaks kat kondo tepi pantai di Cherating (RM400,000). AKu bangun pagi, bekerja keras di gym(keahlian = RM1440 setahun). Pastu aku naik kereta 4WD (20,000 second hand. Second hand je) pergi melawat mak bapak aku dan projek basmi kemiskinan yang aku buat.

AKu lunch kat kampung aku. Pastu dah petang, aku balik kondo, masuk gym balik.

Masa senja, aku naik kuda aku. Di tepi pantai.

Malam-malam, aku menulis.

Sekali sebulan, aku datang KL, naik kereta aku (minyak dan tol = RM200 sekali pergi) untuk berbual dengan pembikin filem yang lain.

Lepas aku menang Academy Award for Best Foreign Film, aku bawak segerombolan go go girl Siam datang parti kat rumah aku.

Yeah! Yeah!

Satu hari, bila aku dah tua, dan nak mampus, orang kampung pantai Cherating akan bawak jamung nak bakar aku. Pasal diorang cakap aku setan.

Aku overdose morfin dulu, siap-siap, pastu diorang bakar rumah aku di tepi pantai.

Satu-satunya kesan peninggalan aku di dunia ni hanya arang dan abu di kawasan pembakaran rumah.

Lepas setahun dua, kayu arang dan abu pun dah takde.

Tu jelah cerita aku.

Selesai.