Sunday, March 15, 2009

Melukut di Tepi Gantang

"Abah, melukut tu unit of measurement macam gantang la kan? Jadi, kalau melukut tu macam sejemput la?"

"Eh, mana pulak?" Kata bapak aku. "Melukut tu pokok kecik-kecik. Buah dia lagi kecik dari ulas nasi. Takpun, beras hancur tu beras melukut."

"Eh, ye ke? Orang cakap, melukut ni macam cupak, macam gantang. Unit pengukuran."

"Cuba ko pergi bukak Kamus Dewan."

Aku pergi bukak Kamus Dewan.

Melukut I : pecahan beras yang halus-halus. Hujung beras, menir.

Melukut II : sejenis tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan, pokok kekang, pulai.

Okay.