Wednesday, March 18, 2009

Mabuk-Mabuk Kepayang: Anak Sedara Najib

Datuk aku dengan Tun Razak sepupu.

Jadi, Najib ialah pak sedara dua pupu aku.

Selama hampir 30 tahun, Najib tak pernah tahu kewujudan aku. Jadi, bila dia hampir jadi PM ni, kebarangkalian untuk dia secara tiba-tiba bagi aku USD400 juta hampir kosong.

Menyedari keadaan ini, dan potensi lawak jenaka yang ada, aku pun mula ke hulu ke hilir mencanang aku anak sedara Najib. The Next KJ. Secara efektifnya menghapuskan apa-apa kebarangkalian yang tinggal untuk aku dapat satu sen pun.

Sikit punya marah sesetengah orang Najib. Hahaha.

Sampai satu tahap, aku fikir, I got nothing to lose. Mana tahu, dia betul-betul bagi aku USD400 juta. Jadi aku pergi kepada keluarga aku, tanya, "Rapat ke kita dengan Najib? Boleh buat meeting tak?"

"Kau nak buat apa, jumpa Najib?" Diorang cakap.

"Nak mintak USD400 juta."

Ko tau jawapan dia apa?

"Fuck you."

Verbatim.

AKu kena 'fuck you'. Hahahaha.

Haih. Nampaknya, kalau aku nak dapat USD400 juta, aku kena kerja sendiri lah.

Aku saja tulis kat sini, mana tahu kalau aku betul-betul dapat USD400 juta. Kalau aku dapat, harap korang pahamlah yang aku buat duit tu, atau apa-apa jumlah yang lain, bukan pasal aku anak sedara dua pupu Najib, tapi pasal aku best.