Tuesday, March 17, 2009

Industri Perbomohan dan Aku

Aku naik teksi bulan lepas.

Macam biasa, aku akan berborak dengan drebar teksi.

Aku: Saya, masa saya kerja opis dulu, batuk keluar darah, sakit kepala, berak cair.

Drebar: Sekarang tak?

Aku: Tak langsung. Saya happy je.

D: Ada orang dengki ko tu.

Aku: Apa? Bomoh? Saya mana percaya bomoh-bomoh ni bang. Sayalah jelmaan semula Nikola Tesla, versi penulisan.

D: Tempat ko kerja tu, ramai Melayu?

Aku: Ramai.

D: Kau kena santau ni.

Aku: Apa pulak, bang. Tak baik cakap macam tu. Fitnah tu.

D: Camni. Aku bawak ko jumpa bapak member aku. Dia terer.

Aku: Terer apa? Terer menipu?

D: Ko ni. Orang nak tolong. Ko ikut je lah.

Dia pun bawak aku pergi jumpa bomoh. Masa aku masuk, dia tengah menurun.

Bomoh: Sho-nen on-myo-ji. Sho-nen on-myo-ji. Sho-nen on-myo-ji. Sho-nen on-myo-ji. Sho-nen on-myo-ji. Sho-nen on-myo-ji.

Aku: Amende nih?

D: Ko tengok je lah.

B: Kau! Kau memang kena santau! Santau!

Aku: Santau apa? Santau Kelaus?

B: Akulah Dato' Siamang Gagap! Aku nampak, orang kampung kau, mereka memang dengki pada engkau! Huaaaarghhh!

Aku: Bodoh sial.

D: Apasal kau tak percaya pada bomoh-bomoh ni semua?

Aku: Pasal, akulah Syaitan!

Aku pun bertukar menjadi Iblis dan membunuh bomoh tersebut.

Drebar teksi tu pulak tukar jadi Godzilla.

Godzilla yang boleh tembak laser.

Godzilla: Tambang ko tak bayar lagi! Yeeeeeeee!

Aku tak cuak pun.

Aku hunus pedang.

Aku: Petir! Kilat! Halilintar! Hooooooooo!

Tiba-tiba datang saka aku - lima ekor singa betina.

Singa betina tu pun bergabung menjadi Kejutantron.

Aku pun keluarkan jam tangan untuk mengawal Kejutantron.

Aku: Kejutantron! Bentukkan Pedang Cahaya!

Kejutantron: Auuum!

Aku: Putaran Cahaya! Putaran Cahaya! Kejutantron Z potong dua!

Godzilla: Eh, apa ni? Apa ni? Aku cuma nak tambang aku je! Aiiiieeeeee!!!

Maka Godzilla pun mati.

Aku dan Kejutantron menyanyikan lagu Gojira.

Aku dan Kejutantron: Gooojira! Gojira! Gojira!

Ingat adik-adik! Bomoh dan sihir itu salah di sisi undang-undang fizik dan juga di sisi Islam.

Kelak kalau terjumpa Syaitan macam aku, nanti adik-adik pula yang akan terkena bahang Kejutantron!

Ayuh, Kejutantron! Ke matahari terbenam!

Kejutantron: Aum!

NOTA: ditulis sepenuhnya menggunakan Blackberry.