Friday, February 27, 2009

Obelisk the Tormentor

Satu lagi game yang aku lupa ialah Heroes of Might and Magic III.

III sahaja.

Yang ni pun macam main chess jugak. Tapi ko manufacture unit berlainan kat castle berlainan.

Aku punya favourite castle ialah Necropolis, pasal - sama macam aku - makhluk hantu kat situ tak terpengaruh dengan moral.

Unit best ialah Dread Knight ke Death Knight. Agak laju, dan ada 50 peratus peluang untuk kasi double damage.

Kalau ada skill Luck, nanti boleh kasi 4 kali damage. Muahahaha!

Pastu, Ghost Dragon ada 15 peratus peluang untuk menyeparuhkan hit points monster. Aging, katanya.

Aku pernah lawan stack Archangel yang ganas.

Caranya ialah letak beberapa stack Ghost Dragon dalam lineup.

Pastu, serang dengan harapan dapat effect aging tu.

Lepas tu, bunuh pakai Dread Knight. Quadruple damage. Hahahaha.

Vampire Lords pun bagus, pasal boleh regenerate kalau attack monster.

Yang lain tu biasa je.

Castle units pun ok.

Ada Champions - unit naik kuda - yang akan tambah 5-7 peratus kuasa serangan untuk setiap tile dia bergerak.

Kira kalau gerak 10 tile, tambah sampai 70 peratus damage.

Archangels boleh cast Resurrection kat mana-mana monster. Mamat pemanah tu boleh attack dua kali ke? Aku lupa.

Yang si mamat Crusader tu boleh attack dua kali tak silap aku.

Royal Griffin boleh attack tanpa counter-attack.

Tapi yang paling aku biasa pakai ialah Tower.

Titans boleh tembak jauh.

Nagas sexy. Hehehe. Aku tak suka Naga Queens. Nagas sahaja. Pasal lagi seksi.

Naga Queens, cleavage dia terlindung dek rantai emas. Aku tak suka.

Lagipun, Nagas lagi kurus. Hehehe.

Aku tak suka pakai dragons, pasal tak best. Dragons biasanya tak lut magic.

Dragon paling cibai - Green tak kena spell level rendah. Masalahnya, aku biasa bagi spell level rendah untuk naikkan stat atau kasi effect.

Bagus la, kalau lawan mamat yang suka pakai spell picisan. Untuk bunuh monster besar (budak kecik).

Menatang Gorgon tu pun bagus. Pasal lepas serang, dia stare kat monster, mampus lagi. Automatic tau? Per unit. Tak kisah unit besar ke, Skeleton ke.

Tapi monster paling hebat kat Fortress bodoh sangat. Hydra. Boleh attack tiga sekali. Susah nak pakai. Kena susun betul-betul dulu.

Kalau tak, dengan unit ko sekali mati kang. Unit yang bodoh, macam Cerberus.

Oops. Teksi dah sampai. Aku kat Bangsar ni.