Friday, February 6, 2009

Kisah Penjelajahan Boron - Lelaki Paling Membosankan di Alam Semesta

Dengan nama Alan Moore yang berjanggut panjang dan mengaku ahli sihir.

Kehancuran ke atas Neil Gaiman, penulis teragung di dunia. Dewa segala penulis. Semoga dicucuri idea dari Alan Moore, hendaknya.

Adapun, sedarlah aku yang aku sedang makan di gerai tanpa nama. Bukannya Gerai Tanpa Nama, dengan lauk Gulai Kawah Pulang ke Asal. Cuma sebuah gerai makan tepi jalan yang tidak bernama.

Hidup, umpama gelungan Moebius. Dulu, aku biasanya makan di Bangsar. Pasta di Delicious - Seafood Linguini yang terhebat di alam semesta. Makan makanan Thai di Lanna - Yam Plar Duk Foo yang hebat! Atau sekurang-kurangnya Nasi Bonjari Madam Kwan's.

Sesekali, aku akan makan di Cafe Cafe - restoran Perancis eksklusif, yang menghidangkan truffles (cendawan yang dicari menggunakan babi), siput escargot, caviar dan kaki katak.

Sekarang tidak lagi. Bukanlah aku jatuh miskin atau tak berduit langsung.

Boleh lagi, kiranya aku inginkan barbecue Brazil di Jalan Tangkat something-something atau Fried Meatloaf di The Daily Grind, mahupun steak di Argentine Steakhouse.

Cuma, aku lebih senang makan di gerai tepi jalan.

Sesuai dengan baju Snoop Dogg aku dan seluar pendek kargo yang asyik turun nak sampai ke lutut, mendedahkan seluar dalam.

Dan kena dengan selipar Asadi yang aku pakai.

Aku rasa bertuah pernah makan di restoran-restoran separa-mahal seperti Delicious dan Cafe Cafe.

Pada asalnya, masa aku mula-mula bekerja dulu, aku makan nasi dengan telur dadar je. Tambah aji-shio. Tiap-tiap hari, beb. Aku bukan anak orang kaya.

Bapak aku tak tau. Keluarga aku mana pernah tau susah aku hidup dulu.

Kalau diorang taupun, apa diorang boleh buat?

Bapak aku dulu, gaji pertama dia RM200 je. Tapi dengan gaji macam tu, zaman 60-an, dia berjaya beli beberapa ekar tanah, motor dan kereta.

Aku anak bongsu, jadi hidup senang sikit. Abang dan kakak-kakak aku dulu, baju seorang tiga pasang je. Mainan recycle.

Aku pernah main dengan simen rumah. Aku campur dengan pasir, air, letak dalam lori mainan, pastu aku buat tangga. Aku jahanamkan tangga lawa yang bapak aku buat. Sampai hari ni nampak macam bertampal dek budak 6 tahun.

Aku kira, aku dah cukup bernasib baik. Aku tak heran dengan makan di restoran mahal-mahal. Restoran Jepun, RM10,000 sekepala - yang ni aku dengar je orang cerita. Makan buffet di hotel macam orang gila, masa mula-mula dulu.

Aku pernah makan dan minum macam-macam benda.

Dan hidangan paling best masih lagi benda yang aku masak sendiri.

Aku masak kari ayam, pakai susu segar, tumbuk sambal belacan, celur kangkong. Aku buat ayam masak merah, pastu goreng telur.

Aku goreng ayam tepung, tumbuk sambal belacan.

Dua kali makan. Nasi beras perang.

Aku pernah buat marukku, kuih pagoda yang seakan marukku, tapi letak udang baring atau serbuk belacan.

Kuih bakar pun mak aku pernah paksa aku tolong dia buat.

Aku pernah masak nasi beriyani, dengan ayam sekali, kat dalam periuk nasi elektrik.

Aku pernah buat burger aku sendiri - pakai daging kisar, bawang putih, lada hitam dan daun kari. Tak best langsung.

Terpengaruh dengan Yakitate Japan, aku ingat nak buat roti. Roti The Loaf - kedai Dr M - memang sedap, tapi pakai banyak sangat yis. Kau dapat rasa yisnya.

Ini aku fikir terjadi sebab dia kena buat banyak roti dan proses leavening dia harus singkat. Pasal tu taruk banyak yis kot. Takpun, pakai tepung yang 'berat'. Susah nak naik.

Biasa jugak, member-member tanya aku pasal restoran mana paling best.

Aku tak tau, pasal lain restoran, lain yang bestnya.

Makanan Thai? Kat Thailand la best.

Makanan Vietnam, kat Vietnam.

Nasi Padang paling best aku pernah rasa di Bali - dimasak dek orang dari Padang.

Australian Crab dengan sepitnya saja sebesar penumbuk aku, di Kelana Jaya Seafood Restaurant, yang sudah tutup dengarnya.

Honey Fried Squid yang rangup, macam keropok perisa sotong, pun di situ jugak.

Burger di Chilli's. Philly Cheesesteak di Philadelphia. Ayam goreng tepung di Carrefour. RM1.08 saja seketul. Hehehe.

Apa tujuannya semua ini? Takde apa-apa. Aku tengah tunggu orang bagi aku cek ni. Suruh aku datang pagi, aku datang tengahari, tapi diorang cakap cek tak siap lagi, walaupun aku datang subuh tadi pun. Pasal orang yang kena sign hanya akan masuk lepas sembahyang Jumaat.

Nah, kalau aku pergi sembahyang Jumaat di mukim aku, aku takkan tulis berjela macam ni, kat Blackberry aku.

Blackberry! Product placement, yo!

Oklah. Dah 2.45pm dah. Balik dah kot, dari sembahyang Jumaat.

Apapun, sedarlah yang hidup ni, macam makan, kadang-kadang di restoran mewah. Kadang-kadang di gerai tak bernama tepi jalan. Kadang-kadang, tumbuk sambal belacan sendiri.

Sendiri mau ingat lah, ye? Sendiri kasi tumbuk. Nanti sampai la cek tu. Dan boleh la makan pantat pulak.

Pantat Siam, takde bau!