Thursday, December 18, 2008

Aku Nak Berak dan Rahman Shaari

Aku masih ada sedikit cirit birit, walaupun taik aku yang terakhir tadi ada kekenyalan pisang lenyek dah, dan bukannya bubur nasi.

Jadi aku bangun dari katil hisap rokok. Aku baca blog Saniboey - Aku Bimbo. Ada lah pulak gambar cikgu lama aku - Rahman Shaari.

Tahun 2001 (kot?), Universiti Malaya. Aku ingat nak ambik kursus ko-kurikulum. Aku mementingkan kursus yang tak payah pakai duit.

Teringin nak belajar biola, tapi kena beli biola. RM100 lebih tu beb. Aku masa tu, hidup makan roti canai je. Nak main golf, tapi kena beli kayu golf. Nak buat batik (pasal ramai awek) tapi kena beli kain dengan canting/djanting.

Pukimak betul. Semua pakai duit. Bapak aku dah pencen masa tu. Pencen dia RM555 je. Takkan aku nak suruh orang tua tu bukak buku 555 pasal aku nak korek burit perempuan atas motor? Aku ni, berprinsip dan mulia orangnya. Kah kah kah.

Aku terjumpa la satu kursus ko-kurikulum ni - Kemahiran Seni Orator. Modal air liur je. Jalan!

Pensyarahnya? Rahman Shaari.

Aku pergi ke kuliah pertamanya. Punyalah ramai bebudak perasan politician (yakni yang dah lapan tahun kat UM, tapi tak lepas-lepas lagi) masuk Kemahiran Seni Orator. Semua Parti Islam Se-Malaysia (PIS-M).

Aku: Wah, ramai jugak masuk menatang ni ye?

PIS-M Lanjut Usia: Mestilah. Kitorang nak tunggu Pak Lah datang.

Aku: Apasal?

PLU: Pasal aku nak tanya soalan yang dia takleh nak jawab.

Aku: Soalan matematik ke? Kalkulus? Salasilah keluarga pemerintah Jerman?

PLU: Ala. Tanya soalan sampai dia tak boleh nak jawab la.

Aku: Kalau kau tanya soalan, buat apa nak bagi dia takleh jawab? Tanyalah soalan yang dia boleh jawab.

PLU: Ko ni, memang tak paham politik la. Kau join sebab apa?

Aku: Pasal pakai modal air liur je. Murah dan jimat.

Lepas tu, diorang semua pandang aku macam orang UMNO. Diorang tak tau, kad keahlian UMNO aku ada je dalam wallet. Bapak aku yang daftarkan. Duit UMNO je yang aku takde. Kad ada la.

Apa pun, aku ikutlah kelas Cikgu Rahman Shaari ni.

Suara dia memang best. Garau macam rimau.

Sayangnya, aku cuma ikut dua setengah kelas je. Sebab lepas tu, cuti bulan puasa. Lepas tu, bila aku pergi balik kelas, tempat dah bertukar. Memandangkan aku dengan orang-orang PIS-M tak pernah nak bertukar-tukar nombor telefon (pasal aku takut diorang call aku malam-malam, tanya soalan yang aku takleh jawab), maka aku pun gagal menghadiri semua kelas Rahman Shaari. Maka aku pun lingkup ko-kurikulum.

Aku rasa, kat UM, aku antara beberapa intan terpilih yang fail ko-kurikulum.

Fast-Forward ke semester akhir aku. Aku masih kena lulus ko-kurikulum. Kalau tak, aku tak grad.

Aku cari lagi Rahman Shaari. Dia ajar Asas Deklamasi Puisi. Aku join. Takdelah pulak orang PIS-M. Lagilah aku suka.

Rahman Shaari mengajar penghayatan semasa mendeklamasikan puisi.

'Kata' atau cara biasa yang kita lihat di TV, oleh orang amatur dan selebriti biasa, serta di pertandingan deklamasi puisi peringkat sekolah biasanya jauh tersasar dari erm...sasaran? Mata kerbau? Aprikot? Jauh dari sasaran? Tak tepat la kiranya.

Pasal ada banyak emosi, banyak mood, maka ada banyak cara. Ada puisi marah. Ada puisi takut. Ada puisi lucah. Ada puisi selamba. Ada puisi kosong. Puisi hampa.

Maka deklamasinya pun mengikut apa yang sesuai.

Cikgu Rahman ada baca puisi pasal neraka. Gila best. Ketar suara orang nak masuk neraka, dikunjungi oleh watak syaitan.

Dia ajar pasal bentuk puisi lama, puisi klasik. Gurindam. Seloka. Apa bezanya. Dia cerita pasal kehebatan pemuisi di Indonesia, dan cara persembahan mereka.

Yang aku ingat, dia ada cerita pasal bagaimana, di awal persembahan, semasa penonton baru melabuhkan punggung, ada berlaku kekacauan. Ada orang dituduh pencuri. Maka dipanggil ke atas pentas dan dibicarakan di situ juga - sebagai salah satu elemen persembahan.

Gila lah.

Lepas tu, ada dia bawak dua tiga orang pergi baca puisi kat RTM. Dapatlah RM400 kot? Sudah tentu, aku tak ikut. Pasal aku bukan pemuisi. Aku pemerhati. Pergi Rumah Pena pun ada. Tengok pemuisi lepak atas kerusi. Cari ilham, katanya.

Akhir semester, kitorang buat show. Tiga orang baca puisi, lepas tu semua yang lain - yang tak terer sangat - pergi nyanyi gurindam.

Aku ingat lagi tak?

Bertaahun tahun
Ku bawa namamu Maya
Dari desa ke desa
Ku bawa, ia
bak luka, baru, di keningku

Mayaaa

Yang lain aku tak ingat.

Show ni masuk Malam Ko-Kurikulum UM yang dibuat setiap tahun.

Ada la mamat-mamat dan minah-minah yang belajar violin, tapi hancur. Kreeek kroook. Nyeeettt, nyooootttt. Hapakejadahnya violin camtu?

Yang perasan musician, semestinya akan pergi ambik kelas gitar. Pun hancur. Konon Spanish plucking la. Flamenco habis. Aku gosok gitar pakai bontot aku pun lagi best la bunyinya. Aku pluck pakai konek je.

Pameran batik? Nampak macam mosaic yang aku buat masa aku darjah satu je.

Hasilnya? Kitorang menang. Tempat pertama tu. Merasa la aku makan coklat free. Not bad. Modal air liur, dapat makan coklat. Dan aku backup singer je. Tak payah beli gitar. Tak payah beli biola.

Semestinya, kitorang raikan kemenangan tak bertempat tu dengan Cikgu Rahman Shaari. Dia pun nampak terkejut.

Mesti dia fikir, "Losers macam ni, yang pinjam buku aku tak kasi balik (hehehe), pun boleh menang ka?"

Tapi yang aku ingat bukanlah pasal makan coklat sangat. Tapi pasal suara garau yang terketar-ketar, baca sajak pasal neraka, dan membuat suara halus syaitan.

Pasal tu, sampai sekarang, kalau aku tulis sajak, aku suka tulis pasal syaitan. Kena dengan jiwa aku.