Thursday, November 20, 2008

Sejenak Bersama Sasterawan Negara: KL Mencarut

Dulu, aku sukakan bandar ini.

Nasi ayam kedai cina tepi jalan seolah lebih sedap dengan bumbu asap motokar dan habuk jalan.

Bahang panas Kotaraya yang datang dari atas, bawah dan sisi seolah mengesahkan kewujudan aku.

Menitik peluh dan air liur aku.

Sekarang, rasa seperti mata yang bakal menitiskan air.

Bergenang di kelopak bawah.

Pelacur-pelacur telah digantikan dengan pondan-pondan jalanan.

Ya Tuhan! Di manakah keadilan?

Di mana ayam-ayam siam? Di mana ayam-ayam Cina dan Batam?

Sudahkah ditelan kegelapan malam?

Dulu, aku sukakan bandar ini.

Ketua Saintis Dunia di Pantai Dalam.

Makcik Konsert di setiap acara besar.

Mamat India buta dan gila asyik mintak nasi goreng dua ringgit dekat Telawi Street Bistro.

Mana ada dah, nasi goreng dua ringgit, bai.

Mintak la beer ke, Pinot Noir ke. Mesti si celaka-si celaka tu bagi.

Dulu, aku sukakan bandar ini.