Wednesday, November 5, 2008

Menanam Hatiku Yang Luka

MENANAM HATIKU YANG LUKA

[Saksofon kotor]


Aku bergegas keluar dari pintu kereta, lantas mendaki tangga-tangga yang curam dengan pantas.

Jaga Gurkha senyum sambil tabik. Aku rasa macam pegawai kolonial Inggeris.

Aku lihat jam di BLACKBERRY (product placement, yo!). Pukul 6.05pm. Sempat ke aku?

Penantian di depan lif yang menyeksakan. Terasa seperti dibakar api neraka meragut lalang.

Pintu akhirnya terbuka. Keluar pulak pelajar-pelajar dari Nigeria dan negara-negara Afrika yang lain.

Aku masuk dalam lif, menekan butang tingkat aku dan pintu lif mula tertutup. Dengan perlahan.

Aku membilang tingkat. Satu...Dua...Tiga...Empat...dan seterusnya.

Pintu lif terbuka. Aku bergegas keluar.

Seorang gadis Indonesia menyapa aku.

"Awal balik hari ni? Pergi mana tu?"

"Aku pergi menanam hatiku yang luka."

Dengan itu, aku membuka pintu rumah aku dan masuk ke dalam. Aku campakkan beg ke atas sofa, bukak seluar, dan masuk tandas.

Aku pun berak.

Lega rasanya.

[Saksofon kotor]

MENANAM HATIKU YANG LUKA