Tuesday, November 25, 2008

Mabuk-mabuk Kepayang: Api Syurga Meragut Lalang

Beranikah aku menulis berkenaan agama?

Muahahahaha!

Aku orang jahil. Aku tak pergi Universiti Al-Azhar. Aku tak belajar di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Aku Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM.

Dan aku berani kata aku jahil, pasal kalau tak cakap pun, Tuhan tau. Kalau aku boleh kelentong kau pun, ada aku dapat masuk syurga? Bila masa kau jadi Tuhan aku? Bila masa aku sembah kau?

Pergi jolok jubur mak kau la.

Ramai orang memberitahu aku, "Islam itu indah."

Bila aku tanya, "Di mana indahnya?"

Jawapan yang biasa aku dapat ialah, "Kau murtad!"

Pukimak betul.

Taulah kau tak dapat bagi jawapan yang munasabah. Pasal kau pun bengong dan bebal jugak. Ego kau tercalar sebab tak dapat nak bagi jawapan yang bagus. Pasal kau bodoh. Pasal kau righteous tak bertempat. Pasal kau sendiri tak yakin dengan agama kau, kepercayaan kau. Nak buat macamana?

Kau dilahirkan bodoh, lepas tu kau rasa macam gila best, akan masuk syurga. Pasal kau ada la sembahyang sikit-sikit. Puasa pun cukup la, pasal kau takutkan Black Maria, atau Makcik Bedah Mulut Jubur, atau jiran kau yang beragama PIS-M. Kira ada jugak la amalan kau. Walaupun hati kau Hindu. Walaupun Tuhan kau ialah orang lain.

Kononnya Tuhan akan bagi kau at least C- la. Boleh le lepas. Lulus masuk syurga, walaupun gred 3. Cukup la untuk orang bodoh macam kau.

Takpe. Jangan bimbang. AKu takkan campak kau masuk neraka. Tak payah kecoh. Pasal aku bukan Tuhan.

Sejak aku jadi orang tua ni, aku makin mendapati ketenangan diri aku menjadi lebih penting.

Lebih penting dari seks. Lebih penting dari duit.

Ketenangan yang aku cari, aku jumpa dalam falsafah New Age. Bukan agama. Bukan fahaman. Tapi cuma kesimpulan yang didapati dari agama yang sebelumnya. Antaranya Islam.

Dalam perkataan 'Islam' itu sendiri, ada pengajarannya. 'Islam' bermaksud berserah. Bukan menyerah diri macam orang Perancis.

Bagi aku, maksudnya ialah berserah dengan menerima bahawa dunia ini seadanya. Apabila aku berjaya menerima dunia ini seadanya, maka aku berasa tenang. Aku tak kalut nak menukar dunia ini.

Aku tak rasa macam palat kalau ada benda yang tak ikut apa yang aku nak.

Dan bila aku dah berasa tenang, barulah aku boleh mengambil langkah untuk membuat apa yang aku hendak. Barulah aku menukar apa yang aku hendak. Dengan menerima dunia ini seadanya, barulah aku boleh membuat perubahan dengan lebih berkesan. Kerana aku tidak lagi dikawal oleh emosi.

Bukanlah setiap masa, tetapi bila aku buat, aku nampak hasilnya.

Kemudian, aku perhatikan orang sekeliling aku. Orang yang paling tiada masalah dengan dunia ialah orang yang ikhlas bekerja.

Bayar murah ke, bayar mahal ke, dia ok je. Dia ikhlas. Jadi, makin banyak rezeki yang dia dapat. Tawaran kerja bergaji mahal, bertimbun-timbun.

Ini bukan magik. Ada sainsnya. Bila kau ikhlas, dan kau bersyukur, maka kau dapat buat kerja dengan lebih tenang dan lebih bagus.

Kerja yang lebih berkualiti akan menaikkan reputasi kau. Maka, bertambahlah kepercayaan dan nilai kerja kau.

Dengan bersyukur apa yang kau ada, dan membuat kerja dengan ikhlas, maka kau akan dapat lagi banyak.

Aku dah cuba. Beberapa bulan aku buat, dan hasil kerja aku lebih bagus. Jauh lebih bagus. Aku lebih tenang, lebih gembira, dan lebih banyak benda yang datang kepada aku.

Kau boleh jumpa ini dalam The Secret dan juga dalam Islam. Law of Attraction. Gratitude. Konsep syukur dan konsep ikhlas. Hasilnya, kalau aku nak pura-pura Arab lah, ialah rezeki yang barakah. Yang berkat. Chewah!

Selagi kau masih tamakkan sesuatu, selagi tu kau takkan cukup. Macam dalam The Secret. Selagi kau tamakkan sesuatu, selagi itulah kau hanya menjadi orang yang tamak. Semua benda tak cukup.

Kau tamakkan pantat. Kau tamakkan orang memuja kau. Kau tamakkan orang menginginkan kau. Kau tamakkan barangan berjenama. Kau tamakkan orang menganggap kau cool. Bila kau nak puas?

Drive atau semangat itu datang sendiri. Tak perlu disertakan dengan ketamakan.

Aku tak ada pendapat tentang amalan-amalan. Tak ada pendapat tentang fatwa Yoga. Bagi aku, itu semua Ahmad Albab yang punya hal.

Syurga-neraka, Tuhan punya pasal. Kalau nak sumbat aku ke mana-mana pun, ada aku kisah? Tu bukan hal aku. Tu hal Tuhan. Buatlah apa yang patut.

Aku tak jumpa indahnya Islam dalam masjid kristal.

Aku tak jumpa indahnya Islam dalam tasbih.

Aku tak jumpa indahnya Islam dalam kata-kata orang lain. Kesat atau manis. ATau dalam pakaian Arab.

Aku taki jumpa indahnya Islam dalam diri orang yang hanya tahu menghakimi orang lain dan cuba berlagak Tuhan, mengkafirkan sesuka hati, mencaci sesuka hati.

Aku hanya percayakan diri aku sendiri. Otak aku sendiri. Dan aku tak perlu mencari, kerana apa yang aku perlukan, akan datang sendiri.