Sunday, May 11, 2008

Semusim di Syurga: Hipotesis Hipokrit

Aku lepak dengan Angkatan Belia Neraka Jumaat lepas, dan kami membincangkan hipotesis:

Malaysia jadi jahanam lepas ABIM.

ABIM menukarkan Melayu-Melayu Proto yang minum arak pada Hari Raya, dan memakai corset di bawah kebaya yang ketat, kepada Melayu-Melayu Hipokrit yang mimum minyak atar dan memakai baju arab (pasal Arab=Islam). Melayu-Melayu Hipokrit yang ingin KELIHATAN Islam, yang ingin NAMPAK SEOLAH-OLAH akan masuk syurga. Jadi kalau nak minum arak, tak boleh terang-terangan sangat.

ABIM juga bersalah dengan membuatkan perempuan-perempuan yang sama ada buruk, hodoh, atau mengesyaki diri sendiri buruk/tua, untuk memakai tudung. Kerana sekurang-kurangnya, kalau dah tak lawa tu, nanti masuk syurga. Katanya.

ABIM bertanggungjawab membuat ramai orang menjadi munafik, yang bagi mereka lagi bagus dari jadi kafir atau murtad. Katanya. Walaupun dosa untuk semua tu sama saja. Masuk Neraka Tingkat 9 gak.

TAMMAT


Jadi aku pun melihat ke Ahmad Kamal Abu Bakar, Presiden Pro-Tem Angkatan Belia Neraka Malaysia, dan aku cakap kat dia.

"Somebody has to do something. Take back the sin! We must get the Malays back on the path of wanton, open hedonism."

Or something of that sort. Whatever.

And he nodded. And that was that.

Ya. Kami setuju. Ada sesapa nak tubuhkan anti-ABIM? Ada sesapa takde kerja, takde duit, pastu nak makan free kat Kamunting (aku dengar roti dia best. Keras, dan kalau bernasib baik, ada fresh mushroom kat atas roti)? Ada sesapa nak berenti isap dadah?

Pasal aku malas. Aku sibuk. Aku ada banyak kerja. Pergi mampuslah korang nak buat apa pun. Aku peduli hapa? Yang penting, dua-tiga minggu lagi, aku balik ke tanah tumpah darah.

Kap kung kraap!