Friday, May 23, 2008

Semusim Di Syurga: Amadeus

Aku sememangnya Amadeus - dikasihi Tuhan.

Semasa umur aku 23 tahun, aku membuat senarai apa yang aku inginkan dalam hidup. Lebih kurang macam ni:

1. Nak jadi penulis. Dalam erti kata lain, aku ingin dibayar untuk penulisan aku.

2. Aku nak buat komik.

3. Aku nak buat filem.

4. Aku nak buat siri TV.

5. AKu nak beromen dengan empat orang perempuan lawa sekaligus.

6. Aku nak tulis novel.

7. Aku nak naik kapalterbang (tak pernah sebelum tu. Aku teringin sangat nak rasa karipap MAS - dan ini bukan analogi untuk pantat, ya)

Semua yang aku nak, semua aku dapat - lima tahun lepas tu. Sesetengahnya senang. Yang lain, gila babi susah nak buat. Rasa cam nak nangis, keluar air mata darah pun ada.

Jadi, sekarang aku nak buat senarai baru pulak.

1. Aku nak RM2 juta dalam akaun bank aku pada penghujung 2009.

2. AKu nak RM30 juta dalam akaun bank aku pada penghujung 2010.

3. AKu nak menang Academy Awards sebelum 2015.

4. Aku nak berhijrah (Muhajirin dan Ansar bersatu!) ke negara lain sebelum 2015.

5. Natalie Portman.

6. Stewardess.

7. Aku nak jadi Underwear Model. Yang dibayar. Bukan yang kena upload kat YouTube atau XTube - youtube porno.

8. Aku nak Vertigo (DC) publish komik aku.

9. Aku nak beli apartment bernilai RM7 juta dekat KLCC. Ada swimming pool kat dalam, woo!

10. Aku nak Volkswagen Touareg. Dengan drebar perempuan yang hanya pakai bikini sahaja.

11. Aku nak bawak kapalterbang.

12. Aku nak belajar (dan lepas) Jujitsu, Muay Thai, Capoiera dan Gun-Fu (menembak. AKu boleh tembak shotgun dengan pistol sekarang. Nak pergi belajar assault rifle.)

13. Aku nak main piano, lagu Yoko Kanno.

14. Aku nak naik kuda.

15. Natalie Portman.

16. Aku nak makan Philly Cheesesteak, kat Philadelphia. Cheez Whiz, yo!

17. Aku nak jumpa Neil Gaiman.

18. Natalie Portman.

19. Aku nak masuk Oprah Winfrey Show, pastu lompat-lompat atas couch.

20. Aku nak siri Lost, Heroes, Boston Legal, House dan CSI: Crime Scene Investigations diberikan kepada aku untuk menulis skripnya.

21. Natalie Portman.

22. Aku nak ikan jerung dengan laser kat atas kepalanya.

23. Lima.